[Laptop rosak jangan salahkan mereka]

Punca keyboard Rosak

 

 

Ramai di antara pengguna laptop yang mengabaikan tanggungjawab ini dan seringkali menyalahkan anak anda apabila terjadi kerosakan pada laptop anda.Sebenarnya anda yang bersalah di dalam hal ini kerana meletakkan laptop anda sesuka hati yang bukan pada tempatnya.

 

Ingatlah,kanak-kanak atau bayi tidak tahu apa-apa tentang nilai dan harga sesuatu barang. Dengan kata lain, semua barang adalah permainan bagi mereka. Kadang-kadang apa yang kita lakukan itulah mereka nak, sedangkan mainannya sudah banyak. Itulah sikap kanak-kanak yang kita tidak perlu memarahi mereka.

 

Dengan Kecuaian kita hanya sesaat, mungkin boleh menyebabkan satu butang pada keyboard tertanggal. Butang keyboard laptop adalah amat sensitif  berbanding dengan keyboard PC. Tangan kanak-kanak biasanya lebih cepat mencapai sesuatu yang mereka inginkan.Lebih 50% pengguna laptop yang mengalami kerosakan pada komponen laptop di sebabkan oleh kecuaian sendiri.Jadi, anda perlu perihatin terhadap sesuatu yang anda sayang.

Pemilik OK Computer Solution Cawangan Nilai

Leave a Reply

Your email address will not be published.