Cara create/membahagikan partition disk dalam komputer.

Tentu anda terfikir untuk menambah partition di komputer anda. mungkin anda hanya ada 1 sahaja partition. 1 partition adalah kurang selamat bagi komputer anda sekiranya komputer anda terpaksa untuk diformat kerana data anda tidak dapat dipindah dan boleh jadi ianya lost.

Setidak-tidaknya komputer anda paling kurang mempunyai 2 partition supaya data anda selamat dan tidak berisiko jika diformat, walaubagaimanapun anda disaran untuk menyimpan data didalam partition kedua. Contoh jika partition anda adalah C: dan D:. Maka disarankan anda menyimpan data didalam D:. Ini kerana data anda yg bersama-sama dengan file sistem window amatlah berisiko sekiranya terkena virus atau file2 yang rosak.

Di sini admin telah sediakan tutorial langkah demi langkah bagaimana anda untuk menambah partition dengan menggunakan Software EASEUS Partition Master 4.0 Home Edition. Anda boleh mendownload atau muat turun software ini di menu Download Perisian (bahagian Another Software)yang telah admin sediakan. Selepas mendownload anda akan menginstall terlebih dahulu perisian tersebut. Kami akan tunjukkan cara menginstallnya dan langkah penggunaan serta  ia amatlah mudah. :)

Langkah 1 : Anda hanya double-klik software tersebut dan akan keluar seperti ini. Anda klik Next.

Langkah 2 : Anda tip pada bulatan I accept the agreement dan klik Next.

Langkah 3 : Anda akan lihat dokumen dan penerangannya tentang software ini, seterusnya klik Next.

Langkah 4 : Anda boleh browse untuk menetapkan lokasi program ini. Saya cadangkan anda hanya klik Next sahaja.

Langkah 5 : Keluar nama software dan lokasinya untuk disahkan. Klik Next sahaja.

Langkah 6 : Satu pilihan samaada anda ingin letak icon program pada dekstop anda atau tidak. Anda klik Next sahaja supaya memudahkan kerja anda untuk menghidupkan programnya nanti.

Langkah 7 : form atau tempat kosong untuk anda isi nama anda dan emel. saya sarankan anda hanya letak nama sahaja dan terus klik Next.

Langkah 8 : Maklumat secara detail lokasi program dan ikon desktop. Klik Install.

Langkah 9 : Installation Program mula dijalankan.

Langkah 10 : Lebih kurang beberapa saat sahaja Installation tamat dan anda boleh klik Finish.

Langkah 11 : Installation siap dan anda bolehlah double klik program tersebut yg tersedia ada di desktop anda. Ikon bersimbolkan star(bintang) seperti gambarajah di atas.

Langkah 12 : Antaramuka program dan inilah rupa program tersebut secara automatik ia akan menunjukkan status partition anda. Contoh saya ini adalah 2 partition telah tersedia ada, cuma saya mahu manjadikan 3 partition dan saya akan menambah 1 partition lagi.

Langkah 13 :Anda klik kapasiti partition tersebut. Dan lihat sebelah menu kiri, Anda boleh klik di bahagian menu kiri iaitu Resize/Move Partition. Ini bertujuan untuk mengecilkan saiz partition D untuk dibahagikan ke partition baru.

Langkah 14 : Seterusnya anda boleh menarik saiz tersebut dengan menggunakan mouse. Anda klik dan dalam masa yang sama anda drag ke kiri. Anda boleh melakukannya mengikut citarasa anda untuk menetapkan berapa saiz partition. anda akan lihat dlm informasinya partiion saiz itu adalah saiz untuk partition D dan unalllocated space after adalah saiz untuk partition yang baru. Sesudah itu, anda bolehlah klik Ok untuk diproses.

Langkah 15 : Setelah klik Ok, anda akan melihat partition baru mula wujud tetapi belum dibina. Unallocated itu adalah jumlah saiz untuk partition baru. Saya membahagikannya sebanyak 20104 MB bersamaan 20 GB untuk space partition baru saya.Anda akan lihat di menu sebelah kiri dan sila klik Create Partition untuk mengaktifkannya.

Langkah 16 : Satu kotak baru keluar dan meminta anda mengesahkan status partition baru. anda boleh labelkan, drive letter dan jenis file system anda itu samaada FAT atau NTFS. Di sini saya tidak labelkan dan pilih drive letter E dan memilih NTFS sebagai pengesahan partition baru saya. Seterusnya klik OK sahaja.

Langkah 17 : Kemudian anda boleh checking kembali status partition anda. Seterusnya anda klik sahaja butang Apply di bahagian kiri dan bawah.

Langkah 18 : Satu mesej keluar sebagai pengesahan. Anda hanya klik Yes sahaja dan kemudian ianya akan memproses.

Langkah 19 : Kerja-kerja pemprosesan berlaku.Anda hanya tungu dalam beberapa minit sahaja.

Langkah 20 : Pemprosesan siap dan succesfully.Kemudian anda hanya Klik Ok Sahaja.

Langkah 21 : Anda sudah berjaya mencipta partition baru anda. Anda sudah lihat partition E saya sudah wujud dan aktif.

Langkah 22 : Lihatlah partition saya sudah menjadi 3 tempat iaiti Local Disk (C),(D) dan (E) dan bolehlah saya menyimpan data peribadi saya ke dlm partition baru saya.:):)

Sekian sudah tutorial saya ini, Partition dalam komputer anda adalah umpama bilik-bilik di dalam sebuah rumah. Anda boleh menentukan barang-barang yang di simpan dibilik yang mana satu.So, bagaimana? semoga berjaya dan good luck ye.:)

Pemilik OK Computer Solution Cawangan Nilai

Leave a Reply

Your email address will not be published.