Cara untuk lihat spesifikasi komputer anda

Banyak cara untuk melihat spesifikasi komputer atau laptop kita antaranya menggunakan beberapa software, properties dari My Computer dan sebagainya. Akan tetapi, apa yang kami nak tunjukkan ini adalah salah satu dari cara-caranya. Penting untuk kita mengetahui kekuatan kebolehan sesebuah PC yang kita gunakan. Dengan step dan langkah-langkah ini, kita mampu melihat kemampuan sebenar komputer kita. Kita boleh kebolehan dan speed dari segi grafik,memori, prosessor dan jenis Operating System (OS).

Antara langkah-langkahnya ialah:

1) Klik pada Start –>Klik pada Run.

2) Kemudian taip perkataan dxdiag seperti gambarajah di bawah :

3) Klik pada button OK.

4) Seterusnya korang akan lihat paparan keseluruhan spesifikasi yang ada dalam sistem komputer korang. Gambar di bawah menunjukkan maklumat pada bahagian system.

5) Seterusnya korang klik pada Display untuk melihat speed dan maklumat tentang grafik komputer anda.

6) Selain itu juga anda bolehlah melihat bahagian lain seperti DirectX File, Sound, Music, Input, Network dan More Help (untuk maklumat lain)

Camana? Sudahkah anda mengetahui spesifikasi sebenar komputer anda?:):)

Selamat mencuba!!!!!!

Pemilik OK Computer Solution Cawangan Nilai

Leave a Reply

Your email address will not be published.