Kemaskini iOS 9 Menyelesaikan Error 53 Pada iPhone

Apple telah mengeluarkan kemaskini iOS 9 hari ini yang membawa penyelesaian kepada masalah Error 53 pada iPhone. Kemaskini iOS 9.2.1 hanya tersedia untuk pengguna yang mengemaskini iPhone mereka menggunakan iTunes dan bukan yang memuatturun terus ke iPhone.

Error 53

Kemaskini iOS 9 Menyelesaikan Error 53 Pada iPhone

Error 53 disebabkan oleh pembaikpulihan pihak ketiga ke atas butang TouchID pada iPhone dan kemudiannya percubaan untuk mengemaskini atau memulihkan semula sandaran iPhone tersebut. Ia mula dilaporkan oleh The Guardian yang juga melaporkan ralat itu berlaku pada pengguna yang menggantikan skrin yang retak di pusat pembaikpulihan pihak ketiga dan bukan di Apple Store rasmi.

Ralat itu diprogramkan untuk memastikan data TouchID yang disimpan di iPhone Secure Enclave selamat, sebaliknya merosakkan iPhone yang dibaikpulih di pusat pembaikan tidak berlesen.

Jika anda mempunyai masalah Error 53 pada iPhone anda, ikuti langkah berikut. Pertama sekali, pastikan anda memasang versi terbaharu itunes pada PC atau Mac anda. Kemudian, sambungkan iPhone kepada PC atau Mac anda dan paksa peranti anda untuk memula semula (Force Restart) dan kemudian pulihkan (Restore) iPhone itu sekali lagi. iPhone anda sepatutnya berfungsi, namun ia tidak akan memulihkan fungsi Touch ID. Jika ralat Error 53 tidak hilang, lawatilah Apple store berhampiran untuk bantuan lanjut.

Apple memohon maad atas masalah ini dan mengeluarkan kenyataan yang mengatakan “…ia telah direka sebagai ujian di kilang dan tidak sepatutnya memberi kesan kepada konsumer”. Pelanggan yang membayar untuk menggantikan iPhone mereka boleh menghubungi AppleCare untuk mendapatkan ganti rugi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.