Komputer VAIO, Toshiba dan Fujitsu Akan Bergabung

Satu syarikat gergasi PC Jepun mungkin akan muncul tidak lama lagi.  Bloomberg News melaporkan VAIO, syarikat pecahan dari perniagaan PC Sony, hampir memetrai perjanjian yang akan memperlihatkan syarikat tersebut bergabung dengan Toshiba dan bahagian PC korporat Fujitsu.

og_vaio

VAIO, Toshiba dan Fujitsu Akan Bergabung

Hasil gabungan 3 syarikat berkenaan bakal mewujudkan syarikat PC yang menandingi Lenovo NEC, syarikat PC terbesar Jepun. Walaupun butiran mengenai nama syarikat atau produknya, Hidemi Moue, CEO Japan Industrial Partners (yang memiliki VAIO) berkata, hasil rundingan akan diumumkan menjelang penghujung Mac.

Berita mengenai penggabungan ini hadir di kala Toshiba mengumumkan ia tidak akan menarik diri dari pasaran PC. Syarikat tersebut telah membuang sebanyak 7,800 pekerjanya pada bulan Disember lalu ketika berlakunya skandal perakaunan dan kemerosotan divisyen elektroniknya.

Pada ketika itu, Toshiba mengatakan ia akan mencari rakan niaga di kalangan syarikat pihak ketiga sebagai satu opsyen, serta memberi pembayang bahawa ia akan mencari peluang untuk bekerjasama dengan syarikat Jepun lain.

Sebarang perjanjian di antara VAIO, Toshiba dan Fujitsu menjadi bukti kepada konsolidasi yang sedang berlaku dalam industri PC masa kini. 3 syarikat PC teratas iaitu HP, Dell dan Lenovo sedang mengetatkan penguasaan mereka dalam industri PC dan sebarang pergabungan di antara pemain kecil akan memberi persaingan kepada syarikat-syarikat berkenaan.

Microsoft telah membantu Dell menjadi syarikat persendirian dengan memberi pinjaman USD 2 billion pada tahun 2013 dan pembangun perisian itu juga bekerjasama dengan Intel, HP, Dell dan Lenovo untuk promosi PC besar-besaran. Semua pengeluar PC sedang meyakinkan pengguna untuk membeli PC baharu di kala Microsoft memberikan naiktaraf Windows 10 percuma kepada PC sedia ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published.