Microsoft Hadirkan Office 2016

office_logo

Microsoft sebelum ini telah menawarkan versi preview untuk perisian Office mereka bagi para pengguna Windows 10 Technical Preview dan juga untuk pengguna Mac OS X. Kini, syarikat gergasi tersebut turut memperluaskan tawaran mereka dengan menawarkan Office 2016 Preview untuk para pengguna desktop.

colorful-titlebars

 

Kini pengguna desktop berasaskan Windows boleh men-download versi pembangunan awal untuk perisian Office yang akan datang daripada Microsoft, dan mengakses beberapa ciri-ciri yang akan dibawakan olehnya. Versi ini lebih ditujukan kepada mereka yang bekerja dalam bidang IT terutama para pemaju. Tidak ada perubahan drastik yang hadir pada versi ini, tetapi Microsoft nampaknya meningkatkan prestasi penggunaan perisian tersebut yang membolehkan para pemaju menguji plugin mereka untuk versi perisian Office akan datang kelak.

479956-150928-getorg-invite-collaborators-word

Bersama-sama dengan pengenalan versi Office 2016 Preview ini, Microsoft juga memperkenalkan versi percubaan untuk Skype bagi syarikat. Interface yang dibawanya menyerupai Skype biasa, tetapi disepadukan dengan pelbagai aplikasi Office dan pada masa yang sama beroperasi sebagai pengganti Lync.00-microsoft-word-across-devices-e1442930210295

Jika anda adalah pemaju, mungkin boleh cuba keduanya hari ini. Sedangkan untuk anda sebagai pengguna, masih harus menunggu versi preview yang mungkin dikeluarkan tidak lama lagi.

 

Sumber Amanz.my

 

//// Sila ke kedai kami untuk mendapatkan Microsoft Office  2016 !!! dan grab promosi tahun baru cina sebanyak 10% diskaun untuk setiap servis dari kami. ////

Pemilik OK Computer Solution Cawangan Nilai

Leave a Reply

Your email address will not be published.