Modul RAM 128GB Samsung

Samsung telah memperkenalkan satu modul RAM istimewa yang tidak pernah dibuat syarikat lain. Modul RAM 128GB Samsung ini merupakan modul RAM berkapasiti paling tinggi pernah dikeluarkan syarikat itu.

Modul RAM 128GB Samsung

Modul RAM 128GB Samsung

Modul RAM 128GB Samsung telah diperkenalkan syarikat tersebut menyasarkan server syarikat yang besar dan dibangunkan menggunakan teknik buatan “through silicon via” Samsung. Ini membolehkan syarikat itu menghubungkan cip RAM secara menegak menggunakan elektrod yang melewati lubang berbanding teknik menulis pada RAM secara konvensional.

Ini akhirnya akan membolehkan memori disusun dalam tindanan 3D yang lebih besar dan membolehkan lebih banyak memori dimuatkan dalam ruang yang sama.

Dalam modul RAM baharu ini, Samsung berajaya menyusun 144 chip memori, disusun dalam 36 pakej 4GB bagi melengkapkan modul RAM 128GB itu.

Samsung mendakwa modul RAM yang diperkenalkannya ini merupakan modul DRAM berkapasiti paling besar dan paling efisyen tenaga di dunia. Ia juga pantas dan beroperasi pada kelajuan 2,400 megabit sesaat.

Samsung belum mengumumkan harganya tetapi dijangka ia terlalu mahal untuk dipasang pada komputer biasa di rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.