Muzium Malware – Membolehkan Anda Melihat Koleksi Virus

Internet Archive sangat popular dikalangan ramai pengguna yang ingin melihat beberapa perkara silam dalam industri komputer dan teknologi. Terkini, mereka turut menambah sebuah koleksi khusus, iaitu Muzium Malware.

muzium-malware

Seperti ramai sedia maklum, malware (atau kebanyakkannya adalah virus) boleh membawa kesan negatif terhadap komputer. Melalui koleksi yang dikumpulkan pada Muzium Malware, anda boleh melihat simulasi sesuatu virus tersebut pada sesuatu web atau komputer. Muzium Malware menghimpunkan koleksi virus yang tersebar antara tahun 1980-an dan juga 90-an pada komputer pengguna umum.

Koleksi yang dipaparkan hanyalah sebahagian sahaja, dan anda yang berminat dalam arena ini atau ingin melihat bagaimanakah virus atau malware memberi kesan pada dekad yang lalu, anda boleh ke laman Muzium Malware hari ini.

Sumber : Amanz.my
Pemilik OK Computer Solution Cawangan Nilai

Leave a Reply

Your email address will not be published.