Cara menyimpan Adapter laptop dengan betul

Ramai pengguna laptop di malaysia masih belum tahu tentang cara bagaimana nak menyimpan adapter laptop dengan betul. Adapter charger berfungsi untuk membekalkan kuasa atau cas untuk alat-alat elektronik seperti laptop dan sebagainya. Seperti komponen dan perkakasan laptop yang lain, adapter charger juga perlulah dijaga dengan baik agar ianya boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Dan yang paling penting, jauhkan adapter charger laptop anda dari tempat yang berdekatan dengan air. Ingat tu!
Kebanyakkan pengguna Laptop menggulung adapter dengan cara yang salah.
Tapi tahukah anda, ramai yang tidak tahu dengan cara menyimpan yang salah juga, ianya boleh merosakkan adapter charger anda seperti gagal berfungsi dengan baik dan yang lebih teruk lagi kerosakkan fizikal seperti getah penebat terkoyak yang mana boleh mengakibatkan RENJATAN elektrik terutama kepada pengguna atau pun anak-anak kecil yang bermain-main berdekatan laptop anda. Malah boleh juga mengakibatkan PEMBAZIRAN arus elektrik

 

Maksud menyimpan di sini bukanlah bagaimana cara anda letak atau susun adapter tersebut, tapi cara anda menggulung wayarnya.
Jadi hari ini saya nak menunjukkan cara yang betul untuk anda semua menyimpan adapter laptop anda
Dalam video ini, anda akan didedahkan dengan kaedah yang betul dan selamat. Semoga video ini memberi manfaat kepada anda semua. – See more at: http://www.youtube.com/watch?v=sKlttFjySqM
Pemilik OK Computer Solution Cawangan Nilai