Kegunaan Briefcase folder yang anda tidak tahu.

Briefcase

 

Folder briefcase pada microsoft windows, simple tapi tidak sering digunakan oleh kita.Briefcase adalah folder khas yang dibina pada system windows. Folder briefcase boleh diibaratkan  seperti beg yang mengandungi dokumen penting anda dan kemana sahaja kita pergi kita perlu membawanya. Ia sangat berbeza dengan copy & paste ke dalam pendrive atau external hardisk untuk menyimpan document yang telah kita buat.

Disini saya akan menerangkan perbezaan antara briefcase dan c n p document ( pendrive atau hardisk ) secara ringkas :

Briefcase : Fail dan folder yang terdapat dalam briefcase bersambung ke fail dan folder induk yang anda copy.

C n P ke dalam pendrive/ extrenal hdd : Fail dan folder tidak bersambung dan jika pengguna membuat

pengubahasuaian pada document maka fail dan folder induk tidak akan

update mengikut ubahsuai yang telah dibuat .

  • C n P : copy and paste

 

brief nilai bangi

  1. Klik kanan tekan new dan folder briefcase.
  2. Masukkan fail dan folder yang diperlukan dalam briefcase.

B2

3. Jika anda membuat sebarang pengubahsuaian pada briefcase , klik kanan dan update all

4. Klik ok setelah memilih folder yang mana mahu di update.

5.Jika anda mengubahsuai fail induk (fail asal yang anda copy ke briefcase), klik briefcase anda dan klik Update All

   items maka fail di dalam briefcase anda akan ikut ubahsuai (updated)

Berikut adalah cara menggunakan briefcase. mudah bukan?? anda tidak perlu lagi bersusah payah copy paste semula fail dan folder dari removable media ke komputer anda.  Jika anda menggunakan pendrive/extrenal hdd, maka anda harus secara manual copy paste kan file tersebut. Namun jika anda menggunakan briefcase, cukup klik Update All Items. Jika hanya satu fail mungkin secara manual boleh anda lakukan, jika berpuluhan? Dengan fail dan folder yang berbeza beza?

#Briefcasewins.

sumber : https://4semua.wordpress.com/2012/04/10/folder-briefcase-pada-microsoft-windows-simple-tapi-terlupakan/

 

Pelajar Praktikal Diploma Jurusan Komputer Sains dari Kolej Yayasan Melaka (UTM Space )