Printer ink jet vs Laser jet.

Printer ink jet vs Laser jet.

Printer adalah sebuah alat pencetak elektronik yang membolehkan anda untuk mencetak berbagai jenis data baik dokumen maupun gambar dalam pelbagai jenis bentuk.
Printer ini begitu penting bagi mereka melakukan kerja yang memerlukan bahan nyata atau mudah kata ‘Hard Copy’. Ianya selalu digunakan oleh individu yang melakukan kegiatan baik tugas maupun cetak laporan yang memerlukan alat seperti printer.
Namun begitu, haruslah anda ambil tahu tentang perbezaan jenis printer yang terdapat di dalam dunia ini. Terdapat 2 jenis printer iaitu, INK JET dan LASER JET.
Apakah perbezaan kedua-dua jenis printer ini?

Laser jet
 
Kepantasannya mencetak pelbagai document menjadikan printer ini lebih diminati. Ia menggunakan drum sebagai alat yang menyebarkan warna pada kertas mengikut kepada maklumat yang di sampaikan daripada sinaran lampu laser.
Ink Jet
 
Printer ink jet pula memerlukan sedikit masa untuk ianya mencetak sesuatu document bergantung kepada saiz atau pun berapa banyak imej atau abjad yang terdapat didalam dokument bagi setiap sehelai kertas.
Contohnya, jika anda menggunakan 1/3 dari kertas berukuran A4, ia mungkin tidak mengambil masa untuk mencetak. Namun jika anda menggunakan 1/2 atau sepenuhnya dari pada kertas A4, anda dapat bayangkan masa yang diambi. Apatah lagi jika anda mencetak gambar yang ber resolusi tinggi. Anda juga perlu menggunakan kertas yang lebih tebal untuk mencetak gambar kerana dakwan merupakan cecair, jika kertas nipis sudah tentu kertas akan terkoyak atau tembus.
Ini kerana Ink Jet menggunakan sistem semburan dimana inkhead atau nozzle ini akan menyembur setiap dakwat ke atas kertas dan ianya perlu dilakukan dengan beberapa peringkat supaya dakwat yang di semburkan lebih rata dan tidak menembusi kertas.
Kenapa Lasejet lebih mahal dari Ink Jet
Laser Jet
 
Setiap color atau tonner memerlukan 1 drum bagi setiap satu tonner. Dan setiap bahagian tonner terdapat sinaran lampu laser yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam bentuk digital kepada drum. Untuk mendapatkan kualiti yang terbaik, ianya perlu menggunakan laser yang berkualiti dan tahan lasak.
Selain dari itu, laser jet menggunakan dakwat dalam bentuk serbuk. Serbuk ini amat tinggi kosnya oleh kerana itu jugalah hasil kualiti yang anda akan dapat adalah amat memuaskan. Ianya juga tahan lama dan tidak mudah rosak jika terkena air (kecuali anda rendam kertas tersebut).
Sukar untuk anda mencari tonner yang tiruan yang berkualiti. Jika anda sewenang-wenangnya menggunakan tonner yang tidak berkualiti, ianya akan menjejaskan sistem printer. Dari situlah puncanya kertas tidak keluar, kertas tersanggkut, kertas menjadi kotor dan pelbagai lagi kerosakkan. Jadi seeloknya anda mendapatkan tonner printer yang Original dan Berkualiti.
Harga bagi tonner dari RM150 hingga RM250 bergantung kepada jenis printer dan tonner. So, amat sesuai bagi kegunaan pejabat besar saiznya.
Ink Jet
 
Printer ini hanya menggunakan cecair dakwat yang perlu di isi di dalam kotak katrij printer tersebut. Walaupun kualitinya kurang memberangsangkan, namun berpatutan dengan harganya.
Ada sesetengah printer membolehkan anda menggunakan sistem CISS Continuous Ink Supply System jika anda terperasan printer yang terdapat bekas di isi dengan dakwat di bahagian tepi printer, itulah CISS. Ianya memudahkan pengguna yang banyak mencetak dan amat memerlukan dakwat sentiasa ada.
Sistem ini tidak terdapat pada printer laser jet dan juga tidak ada satu pengeluar printer pun yang menjual sistem ini. Sistem adalah sistem custom atau diy. Dimana pihak ketiga yang mencipta sistem ini.
Anda tidak perlu membeli katrij berulang kali. Hanya perlu melabur sedikit wang untuk membeli sistem CISS dan jika dakwat sudah kering anda hanya perlu membeli dakwatnya sahaja. Setiap satu botol dakwat boleh didapati RM30 ke RM50 sahaja. Ada yang kurang kualitinya RM10 ke RM20 sahaja.
Printer seperti ni sesuai digunakan di rumah atau pejabat kecil yang hanya perlu mencetak document tanpa gambar yang banyak. Kebanyak penggunanya adalah di kalangan pelajar-pelajar institusi tinggi yang perlu mencetak pelbagai nota dan tugasan lain.

Mana satu yang perlu anda pilih?

Sebagai pebekal printer, kami amat terbuka untuk anda membuat pilihan antara Ink jet atau Laser jet. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurang.

Untuk mereka yang mementingkan kualiti gambar dan perlu melakukan kerja yang cepat, seharusnya anda memiliki printer Laser Jet. Anda boleh nilai kualiti yang anda akan dapat. Sudah pasti ianya amat terbaik!

Satu yang perlu anda tahu, satu unit toner harga mungkin sedikit mahal. Tapi, anda perlu juga tahu satu unit toner boleh mencetak sehingga 1000 hingga ke 2000 kertas. Kerana Laser jet amat kurang pembaziran dakwatnya berbanding printer Ink jet. Dan juga Laser jet mudah di selenggara.

artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang printer, tonner, katrij, catrij, printer supply, printer service, laser jet printer, ink jet printer, computer supply, it service, computer support, it support, it maintenance, computer service, it supply, ok computer solution, okcs, ok computer solution plt, ok computer solution it support
Pelajar Praktikal Diploma Jurusan Komputer Sains dari Kolej Yayasan Melaka (UTM Space )