Tips penjagaan Keyboard

Tips menjaga keyboard yang anda tidak pernah diberitahu

Kali ini, saya akan memberikan beberapa tips ringkas untuk menjaga keyboard notebook anda agar dapat bertahan lebih lama. Keyboard di laptop @ notebook tidak sama dengan keyboard pada pc atau external keyboard. Keyboard di notebook lebih sensitif dan menyusahkan anda apabila terjadi kerosakan. Tahukah anda? Jika terjadi kerosakan kecil atau pada sebahagian kekunci sahaja, Anda harus mengganti keyboard notebook secara keseluruhan! kos yang diperlukan tentunya tinggi. Berikut ialah 4 tips ringkas untuk menjaga keyboard notebook Anda. sayangilah keyboard laptop anda kerana ia akan menyayangi duit anda.
 

1. Menggunakan Keyboard Protector

 
Gunalah keyboard protector, terutama jika Anda memiliki Laptop baru.Terdapat pelbagai jenis keyboard protector yang dijual di pasaran sekarang.Harga mengikut jenis protector itu sendiri,lingkungan RM10 – RM30.Malahan ada juga yang mengikut jenis keyboard laptop.Ianya diperbuat daripada plastik silicon dan boleh dibersihkan menggunakan air. Keyboard protector ini dapat menjaga agar butang  keyboard sentiasa bersih dan mencegah dimasuki kotoran atau habuk dari luar ke dalam celah-celah keyboard. Namun, ada satu hal yang perlu diperhatikan, iaitu tidak semua Laptop di sarankan menggunakan keyboard protector kerana sesetengah laptop perlukan sistem aliran haba yang  udaranya di ambil dari celah-celah keyboard. Dalam kes terburuk, keyboard protector akan membuat Laptop tersebut menjadi lebih panas.

2. Jauhkan Makanan dan Minuman atau merokok dari laptop anda

 

http://i0.wp.com/1.bp.blogspot.com/-8Hkhu4oQUOo/UrzFlcw7ttI/AAAAAAAAAB0/rvIF-Cx3cPI/s320/1273857042-dirtykeyboard.jpg?w=750&ssl=1

Merokok
                                                                 
                                                                           Meletakkan makanan dan Minuman
Jangan biasakan meletak minuman atau makanan berhampiran laptop kerana ada kemungkinan minuman atau makanan tersebut akan tumpah, terkena pada laptop dan menimbulkan kerosakan. Merokok di hadapan laptop juga boleh menyebabkan habuk rokok berterbangan dan melekat di celah-celah keyboard.Untuk hal ini bukan hanya akan merosakkan keyboard, malah keseluruhan Laptop.

3.  Kurangkan Bermain Game dengan menggunakan keyboard laptop

 
Game
                                                                      
                                                                                        External keyboard
                                                                     
                                                                                                Joystick
 
                               Keyboard Pc
Kurangkan bermain game dengan menggunakan keyboard laptop. Dalam sesebuah game biasanya hanya butang tertentu sahaja yang perlu ditekan. kadang-kadang kita menekan butang terlalu kuat dan dalam keadaan tidak sedar dan syok semasa bermain game. Hal ini dapat menyebabkan kerosakan sebahagian pada keyboard laptop Anda. Untuk bermain game lebih baik membeli input device tambahan, seperti keyboard external atau joystick .Walaupun yang Anda gunakan adalah laptop khusus untuk gaming, tidak semua keyboard nya memiliki reka bentuk dan ketahanan seperti keyboard gaming biasa.

4. Bersihkan Keyboard secara kerap

 
Keyboard Vaccum
Debu/kotoran pada laptop perlu dibersihkan secara kerap kerana debu merupakan sesuatu yang boleh mengalirkan aliran elektrik pada rangkaian elektrik, menghalangi slot-slot butang keyboard , dan menghalang pengeluaran haba panas dari laptop. Untuk debu/kotoran yang melekat pada kekunci keyboard, gunakan lap untuk membersihkannya. Untuk debu yang berada di celah-celah keyboard, kita dapat menggunakan vaccum cleaner kecil yang hanya menggunakan kuasa dari usb, untuk menyedut habuk keluar dari celah-celah keyboard.Vaccum ada dijual di pasaran,harga sekitar RM10-RM20 sahaja berbanding jika keyboard anda rosak,anda terpaksa laburkan ratusan ringgit untuk menggantikan keyboard baru.
Kepada pengguna MacBook,anda mestilah bersihkan keyboard anda kerap kali,kerana ianya terlalu sensitif dan kos untuk tukar keyboard tersebut agak tinggi berbanding keyboard laptop biasa,tambahan jika menggunakan laptop yang warna putih.
Semoga tips kali ini bermanfaat untuk menjaga keyboard laptop anda semua.Jika ianya bermanfaat untuk anda,silakan kongsi dengan rakan-rakan anda yang mungkin perlukan tips ini.
Pelajar Praktikal Diploma Jurusan Komputer Sains dari Kolej Yayasan Melaka (UTM Space )